Thursday, November 19, 2009

Al itsar bil qurbi makruuhun wa fi ghairiha mahbuubun

“Kak Anna, maksud kaedah ni apa?” tanya Mala.

“Cuba baca apa kaedahnya!” minta Anna.

“Kaedahnya begini Kak: Al itsar bil qurbi makruuhun wa fi ghairiha mahbuubun! Kat sini takde penjelasannya kak. Saya tak berapa faham.”

Anna kemudiannya menjawab dengan tenang,

“Kaedah itu ertinya, itsar, mengutamakan orang lain, dalam hal mendekatkan diri kepada Allah, atau mengutamakan orang lain dalam beribadah, itu hukumnya makruh. Adapun mengutamakan orang lain pada perkara selain ibadah itu dianjurkan. Dalam ibadah yang dianjurkan dan disunnahkan adalah berlumba-lumba mendapatkan yang paling afdhal. Mendapatkan pahala yang paling banyak. Maka mengutamakan orang lain sangat tidak dianjurkan atau makruh.

“Contohnya, jika seseorang memiliki air yang hanya cukup buat berwudhu’ untuk dirinya saja, maka ia tidak boleh memberikan air itu pada orang lain, supaya orang lain boleh berwudhu’ sementara dia tayammum. Yang disunnahkan adalah dia menggunakan air itu untuk berwudhu’ biarkan orang lain tayammum. Kecuali jika ada orang lain yang memerlukan untuk minum kerana kehausan, maka dia sebaiknya memberikan air itu padanya dan dia boleh bersuci dengan tayammum.

“Contoh lain, jika seorang Muslimah memiliki satu telekung solat. Lalu masuk waktu solat. Dia tidak diperbolehkan mempersilakan orang lain solat dulu menggunakan telekungnya dan dia menunggu setelah orang-orang selesai menggunakan telekungnya. Yang sebetulnya adalah dia harus segera solat sebelum yang lain. Dia harus mengutamakan dirinya. Sebab solat di awal waktu itu lebih baik. Setelah dia solat baru boleh dia meminjamkan pada orang lain. Dalam ibadah sekali lagi dimakruhkan mengutamakan orang lain. Begitu maksud kaedah itu Dik. Adik boleh menganalogkan dengan yang lain.”

Mala nampak puas mendengar jawapan itu. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu yang menarik untuk ditanyakan,

“Maaf Kak saya mahu tanya. Kalau misalnya. Sekali lagi ini misalnya Kak. Misalnya ada seorang Muslimat, dilamar oleh seorang Muslimin yang sangat baik. Baik agamanya, akhlaknya, prestasinya, juga wajahnya. Lalu dia mengalah mengutamakan sahabatnya yang menurutnya lebih baik darinya dan lebih layak menikah dengan Muslimin tadi. Apa ini termasuk makruh Kak?

Anna menatap kedua mata Mala. Sebuah pertanyaan yang membuatnya tersenyum sekaligus kagum akan kreativiti gadis dari Aceh ini. Bukankah pertanyaan yang baik adalah separuh dari ilmu?

“Menurutmu menikah itu ibadah tak Dik?” tanya Anna.

“Ibadah Kak. Bukankah menikah itu menyempurnakan separuh agama?”

“Jadi jelas kan jawapannya. Saya secara peribadi kalau menemukan pemuda yang baik, yang menurutku sungguh baik dan ada yang menjodohkan aku dengannya ya aku akan mengutamakan diriku dulu. Tidak akan aku tawarkan pada muslimat lain. Menikah kan ibadah. Cepat-cepat menikah kan juga sebahagian dari berlumba-lumba dalam kebaikan. Kalau aku itsar, mengutamakan muslimat lain, bererti aku kalah cepat. Muslimat itu akan menikah dulu, dapat jodoh dulu dan aku belum. Jadi tertunda. Dan, tambah lagi belum tentu aku akan dapat jodoh yang lebih baik dari itu. Meskipun jodoh ada yang mengaturnya iaitu Allah. Tapi kita kan harus ikhtiar. Di antara bentuk ikhtiar, ialah ketika kita menemukan yang baik tidak usah mengutamakan orang lain.”

***

Dah lama saya mendengar kaedah fiqh ini, tetapi mungkin saya tidak benar-benar mengambil berat untuk faham sedalamnya, astaghfirullah. Saya terbaca blog seorang sahabat saya tentang kaedah ini. Dan kaedah ini telah dihuraikan oleh Kang Abik dalam sebuah novelnya, KCB dan saya kira ia agak senang dan lebih selesa untuk difahami. Petikan perbualan dari novel ini telah saya translatekan sedikit ke dalam Bahasa Melayu untuk lebih mudah difahami.

Moga bermanfaat...

Wednesday, November 11, 2009

Rumput di Pinggir Jalanan

Alhamdulillah, sedikit kekuatan, ketenangan diberikanNya untuk hamba Dhoif ini, hari ini tamat sudah final exam untuk semester ini. Cuma yang tinggal urusan akademik yang belum usai kulangsaikan, tesis...besok diminta untuk dihantar sepenuhnya, tapi serasanya seperti tidak berdaya lagi, minta tangguh lagi... Ya Allah permudahkanlah...

Ingin curi sedikit minit disini, membuat coretan untuk diri sendiri.. biarkan sahaja ada yang berkata; kadang-kadang muslimat ini suka-suki mencoret coretan puitis padahal dia sendiri tidak faham apa yang dicoretkan..biarlah, katakan sahaja...yang penting saya tahu dan saya faham apa yang saya buat... :-) senyumlah diri...

Besok saya pulang ke kelantan..minggu depan kembali lagi.. dan ingin sekali hendak mencoret blog ini sebelum pulang..

Rumput di pinggir jalanan

Dia adalah ‘seseorang’ dalam perjalanan... bersamaku.. setidakknya duhulu...
Dan sekarang, entah... jalan kami melewati lembah, jurang dan tebing.
Kadang-kadang setapak bersemak, tidak jarang hamparan padang yang meluas.
hujan dan kekeringan bergantian menemani.

Dia seseorang yang kental dan kuat, setidaknya menurut hatiku begitu.
Dalam perjalanan itu, dia memang jarang memberiku pelajaran,
tetapi qudwah gerak langkahnya cukup bagiku untuk kuikut dan kusenangi...
masih kuingat, satu persatu .. langkahnya semakin melebar, semakin
lama semakin jauh di sana, tempat yang dikagumi... dia tidak pernah melesat.

Sedikit kegalauan, bukan iri. Sedikit kegelisahan, bukan dengki.
Mungkin ketakutan hilangnya teman seperjalanan...
yang pasti aku harus terus menerus terharu kagum, redha dan bahagia,
biar jangan ada terpaksa di hati...

Aku bersyukur, tempat peristirahatan kami masih sama.
dia selalu ada disana, ditepi danau tilawah di bawah rendang pohon tausyiah.
percik-percik cerita terungkap, beserta sahabat-sahabat yang lain.
kadang embun-embun air mata, gugur di sini,
tidak ketahuan aku bagaimana embunnya di sana...

Setelah itu, kami harus membawa diri sendiri.
mulailah lagi aku tersungkur, terjatuh dan terpeleset.
tapi harus, kami masih punya tujuan yang sama...
itu janji yang tidak pernah terbezakan.

Janji menuju ke suatu masa yang tidak terbatas.
ke suatu tempat yang tidak terbayangkan.
dia adalah ‘seseorang’ dalam perjalanan...bersamaku, setidaknya dahulu.
semoga ...

~Ummu Muslim~

Monday, November 9, 2009

Royalti vs Ehsan

video

Islam itu Solusinya

Saya pernah mendengar satu pepatah yang mengatakan bahawa "Barangsiapa yang menyelesaikan sesuatu urusan, maka dia yang akan mengaturnya". Setelah direnungkan, ternyata ada benarnya walaupun tidak seratus peratus betul.

Antara ‘Guna sahaja’ dengan ‘Cipta & Guna’

Jika diimbas kembali sejarah, Tanah Melayu pernah dijajah oleh British, Portugis, dan Jepun ketika Perang Dunia ke-2 meletus sebelum bergelar ‘merdeka’ yang hanya pada nama. Kini, telah 52 tahun berlalu, kita dapat lihat para remaja kita sudah biasa mengenderai kereta dan hampir setiap orang menggenggam handphone dan meriba laptop yang serba canggih. Bezanya, bangsa kita baru dalam tahap menggunakannya sedangkan orang Jepun dan Barat sudah lama menjadi ahli dalam membuat dan merekacipta handphone, kereta atau komputer serta menguasai dunia dengan pelbagai produk serba canggih. Sungguh menghairankan. Waktunya sama, bahkan sumber kekayaan alam kita jauh lebih melimpah ruah berbanding di negara mereka. Semua ini patut kita renungkan sedalam-dalamnya, terutama kita sebagai umat Islam yang merupakan penetap majoriti di negara ini.

Mungkin kita dengan mudah akan mengatakan, apalah ertinya semua itu jikalau mereka kafirin, mereka itu hina, calon ahli neraka. Itu kata-kata standard yang sering kita lontarkan untuk menunjukkan keutamaan kita selaku umat Islam. Namun, apakah tindakan tersebut dapat menyelesaikan masalah? Saya teringat kata-kata seorang ahli Psikologi yang menyatakan bahawa kebiasaan mencela dan menghina orang lain adalah salah satu penyakit dari rasa down kerana tidak sanggup menandingi sehingga kepuasannya adalah dengan mencaci.

Jadilah solution

Ternyata mahu tidak mahu kita terpaksa menggunakan banyak produk kaum yang kita hina, bahkan aktiviti dakwah, dan sebahagian kegiatan ibadah kita hampir-hampir kurang efektif tanpa dilengkapi dengan bantuan produk-produk buatan mereka. Dana kita tersedut terlalu banyak kepada mereka tanpa had kerana memang kita sangat memerlukannya. Mereka yang banyak mengatur kehidupan duniawi kita kerana mereka sudah lama menemui solution untuk keperluan hidup sesuai dengan zaman peradaban masa kini.

Jika kita lihat posisi umat Islam yang benar-benar mengambil acuan al-Qur’an dan Sunnah dalam mengatur negara ini teramat kurang, maka pertanyaan yang harus kita tanyakan pada diri kita sendiri adalah solution apa yang dapat kita berikan dan dirasakan manfaatnya oleh masyarakat. Selain menjanjikan keselamatan akhirat untuk yang beriman dan beramal soleh, selain benci, marah, melecehkan, mencaci mereka yang kita anggap tidak Islami. Apa solutionnya? Entah-entah tenaga, fikiran, dan waktu kita banyak terbuang oleh kebiasaan mencaci dan menerjemah kebencian. Tinggalnya, jadilah kita umat yang sememangnya layak untuk diperlekehkan.

Kita kekeringan umat yang kreatif membuat solusi

Kita benci dengan rancangan-rancangan TV, lagu-lagu yang memeningkan, filem, drama, iklan, dan lain-lain yang berbaur maksiat. Namun, apa real solution yang sudah kita lakukan untuk membuatkan umat terutama saudara-saudara se’aqidah kita terpuaskan dahaga hiburannya dengan nilai-nilai Islam. Selain berdakwah, berusrah, berceramah, kepada mereka, pernahkah kita berupaya membuat filem, drama, atau lagu bermutu, lalu membuat medium berupa radio, TV, Produksi dan sebagainya yang dikelola secara profesional yang sanggup bertarung dalam competition nyata tanpa ada sekatan kebenarannya. Maksud saya di sini, sememangnya kita sudah ada contoh saluran atau channel radio, tv dan produksi yang bersifat Islami tetapi sejauh mana ia benar-benar berani untuk menyatakan kebenaran Islam dengan memperjuangkan syariatullah yang termaktub di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Yang ada sekarang jelas tidak lebih dari menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya, apabila kebenaran dilontarkan secara public tetapi menyentuh kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu maka terjadilah proses gam menggamkan ini. Kerana apa? Tiada lain, sebab kita cuma menumpang hasil mereka.

Kita mulakan dengan kemampuan

Mungkin kita katakan, itu semua bukan urusan kita, justeru kita menjadikannya sebagai alasan untuk tidak melangkah jauh untuk mencari solution. Mungkin juga, perbahasan di atas terlalu besar untuk kemampuan kita sekarang. Jika begitu marilah kita lihat solution yang dapat kita berikan dalam lingkungan terdekat kita. Jika kita di dalam keluarga, jadilah solution, jangan jadi parasit. Kita harus melatih diri menjadi sebahagian dari penyelesai masalah, bukan penambah masalah.

Begitu juga halnya, jika kita di dalam kampus, di dalam organisasi persatuan, maka usahakanlah diri untuk menjadi penyelesai masalah atau mendorong untuk penyelesaian masalah, bukannya penambah masalah yang bikin kehancuran.

Sekiranya umat Islam berfikir dengan kritikal dan mengerahkan segala daya upaya untuk menjadi solution nyata dalam level manapun yang sesuai dengan kemampuan masing-masing, akan jauh lebih dirasakan kehebatan Islam, kejayaaan Islam, dan akan menumbuhkan keyakinan umat sejagat bahawa Islam memang solution. Solution yang memang selalu dicari dan dirindukan. Sudah pasti akhirnya akan dapat menimbulkan kepercayaan terhadap kebenaran Islam dan mengikuti serta membelanya. Sebagaimana firman Allah;

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi jika mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya." (QS. Al A'raf : 96).

Akhir sebelum bertindak

Saudara-saudara se’aqidahku, marilah kita hayun tenaga kita dengan seluruh kemampuan kita. Sehebat manapun janji yang kita ucapkan, masyarakat dan umat sejagat tetap menanti bukti bahawa Islam benar-benar solution bagi seluruh umat.

Ada baiknya kita mencerminkan diri kita kembali, apakah diri kita ini sebahagian dari penyelesai masalah, atau diri kitalah yang bermasalah, atau justeru diri kitalah penambah masalah?

Wallahua’lam

Sunday, November 8, 2009

Asykuruka Ya Robbi


Saat aku merenung kembali..
Ternyata baru aku tersedar betapa bodohnya diri,
membiarkan kesempatan demi kesempatan berlalu
meninggalkan penyesalan yang sia-sia,
Ternyata baru aku sedari betapa hinanya diri,
mengejar kesenangan sementara,
berharap untuk mampu merasakan indahnya dunia,
dan melupakan indahnya janjiMu,
pertemuan dengan Ilahi Robbi..

Sungguh,
apa lagi yang mampu mengalahkannya,
apa lagi yang mampu mengalahkan pohon-pohon yang rendang,
kolam berair jernih...
buah-buahan yang sedia untuk dipetik...
keindahan istana-Mu di taman cintaMu,
menjadi bidadari bermata jeli...
apa yang mampu mengalahkannya?

Thursday, November 5, 2009

Gayat Sebenarnya

Gayat sebenarnya tengok tahun '2010' tu.. minta ganti nombor 0 tu kepada 6 boleh tak? :D.. beri saya masa berada di 'link' yang sebetulnya dulu ye..
Tajuknya itu pun, tak berapa mencabar dan menarik...huh.. tapi ia sangat berkait rapat dengan gambar anak teruna dua orang dalam gambar tu..hmmm...

Saya sebenarnya dilanda 'tension' yang amat sangat melihat 'menu dapor' 'tukang masak' media sekarang yg berjaya melopori setiap genap lapisan masyarakat sekarang ni.. ntah 'emulsifier' ape ntah yang dicanai dalam masakan mereka ni sehingga ntah apa-apa jadinya pada masyarakat yang sentiasa dahaga makanan yang sedap-sedap niih..Sampai ketagih-ketagih jadinya...Astaghfirullah... hati-hati lah wahai 'pemakan', sedarkah kamu bahawasanya emulsifier itu banyak datangnya dari 'si hidung kontot'... ( 2 meaning in a sentence)...

Tangguh di sini dahulu... (tapi jangan tangguh KERJA sudah)~pesanan buat diri~


Tuesday, October 13, 2009

Ya Latifu Oltuf Bina...

Allah itu Maha Kaya dengan nama2Nya yang sempurna... Ingatlah Dia, pastikan Dia ada di setiap sudut relung jiwamu...pasti ketenangan yg tidak terbatas akan kau kecap... Aku sudah jatuh cinta padaMU Ya Rahiim...

video

Raheem, Kareemun, 'Adheem, 'Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen

Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh

Lateef, Khabeerun, Samee', Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb

Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra'uf, Saburun, Majeed

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha'fana

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour 'ouyoubana

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu'izzu a'izza ummatana

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib du’aa'ana

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)

Oltof binaa

Allah Maha Bijaksana

video

Kemenangan tertunda di Bagan Pinang...
Jadikan Sejarah Islam sebagai contoh dan rujukan.
jatuh bangunnya perjuangan, menang dan tertundanya ia
semuanya telah diatur Tuhan...
Ya Ikhwah... Allah sedang berbicara dengan kalian...
Dia sedang memerhati setiap langkah dan gerak geri kalian,
sejauh mana keteguhan hati kamu membawa panji kebenaran tanpa ragu,
Saat diuji, berpalingkah kamu,
Andai ada yang berpaling, maka yakinlah bahawa
itu adalah tapisan Allah...
Kerana...
Saff ini hanya untuk mereka yang teguh hatinya
mencintai Allah dan RasulNya...

Tuesday, October 6, 2009

Khabaran itu PASTI!


Gempa bumi di PADANG terjadi pada jam 17:16 dan 17:58, dan pada hari yang berikutnya pada jam 08:52 waktu Indonesia. Cuba perhatikan terjemahan Al Quran ayat Surat 17:16, 17:58, dan 08:52 di bawah:

Surat Al-Israa’ ayah 16 dan 58;

16. Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang Yang melampau Dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

58. Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya Dengan azab seksa Yang berat; Yang demikian itu adalah tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz).


Surat Al-Anfaal ayat 52;

52. (Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang Yang terdahulu dari mereka. mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka Dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.


Blog Widget by LinkWithin