Monday, August 31, 2009

Usah dipertikai, Malaysia memang sudah MERDEKA!


Kelate Speaking Zone!


Salam, entri ni cuma di copy n paste dari blogsite sahabat saya yang baru jadi orang Kelantan. Jom bertutorial jap.

***

"…AKU BACO PUN SUKO SOGHE… LAWOK SENGOTI… HAHAHA! ..NI LAH UNIK NYE BHASE KLATE…so, to sesape yang nak belaja loghat kelantan atau yg ade hajat nak kawen dgn org kelantan..baik blajar kalu x..pening ppalo..heehehe. .:P

Vocabulary :

Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, gatal, getik
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengah = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun
keghenak = nakal

Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit)
RIZAK (result)
NNEJA (manager)
ISTEK (estate)
SUWIH (switch)
MERKET (market)
BOKK (book)
ghoba (rubber)pemadam

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:

manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hayya (suara mengidung sedikit)

Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik.. Antaranya:

YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan. ..lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn’t it?"
LAMOKEY = nanti kan

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain…Yang popular digunakan antaranya:

*CEBOCK : bermaksud ‘cedok’, selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud istinja .
*TTINO : bermaksud ‘perempuan’ tapi bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE…)
AIR TUOK : diminum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK…)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
*NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan (tidak bagi saya). ..cuba direct translate jadi BINATANG… Boleh bergaduh nanti…
*SUKU SAKAT : bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL,ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang (buje) membawa erti janda kalau di kelantan.
*SIA (dibaca baku) = sembuh

* Bahasa di atas banyak meyebabkan miss conception terhadap org kelantan

Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an’,’ am’,'ang’ diganti dengan `e’. cth :

Jangan=jange
Lengan =lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh,
Tanpa ’sabdu’ orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA(useless) .Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur di luar) …" satu lagi yang harus betul adalah semua perkataan yang dieja dengan huruf 'gh' dlm loghat Kelate bunyinya sama dengan huruf hija-iyah 'ghoin'.

Ok, selamat mencuba!

***

Kalau nak tahu lagi, boleh cari sendiri la pulak ye...bukan ape, senang sikit nak gi ngaji kitab atau gi dengar ceramah Tok Guru sat gi :-)

Friday, August 28, 2009

Jom Sertai Karnival Ramadhan!


*click on the poster image above for larger view...

Bermimpilah sebelum mati...


"Barangsiapa mati sedangkan dia belum pernah berjihad, dan dia tidak bercita-cita untuk berjihad, maka kematiannya adalah salah satu cabang kemunafikan."
(HR. Muslim dalam As-Sahih, III/517)

Jom kita bermimpi!

Saya ingin mengajak diri saya dan sahabat-sahabat untuk bermimpi. Boleh tak? Kenapa harus bermimpi? Bukankah mimpi itu hiasan tidur? Apa harus tidur dulu baru ada mimpi? Macam mana nak maju, kalau terus tidur? Bukankah kita sudah terlalu banyak tidur?

Begini, suatu hari Umar bin al-Khattab r.a. berdialog dengan beberapa sahabatnya. Umar al-Khattab berkata: "Berangan-anganlah!" maka salah seorang yang hadir berkata: "Saya berangan-angan kalau saya mempunyai banyak wang, saya akan membelanjakan harta saya itu untuk memerdekakan hamba untuk meraih redha Allah."

Seorang lagi menyahut: "Kalau saya, berangan-angan memiliki harta yang banyak, lalu saya belanjakan fii sabilillah." yang lainnya menyahut: "Kalau saya mengangankan memiliki kekuatan tubuh yang kuat supaya saya dapat mengabdikan diri saya untuk memberi air zam-zam kepada jemaah haji satu persatu."

Setelah Umar al-Khattab mendengar jawapan-jawapan mereka, beliau pun berkata: "Kalau saya, berangan-angan untuk mengadakah tokoh-tokoh seperti Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Umair bin Sa'ad dan sepertinya di dalam rumah ini."

Mungkin ada yang bertanya, kenapa kita perlu bermimpi? Bukankah kita harus bersikap realistik, dan mimpi itu cuma mainan tidur?

Begini sahabat-sahabat, memang boleh jadi mimpi akan tinggal jadi mimpi. Namun, ada sebuah hikmat yang berbunyi: "Bermimpilah sebelum kamu menjadi pemimpin." Serta "Belajarlah sebelum kamu menjadi pemimpin."

Ternyata ramai pemimpin-pemimpin besar yang terangkat dari seorang pemimpi. Jadilah PEMIMPI BESAR untuk menjadi PEMIMPIN BESAR. Dalam sebuah majlis, ada seorang syaikh yang mengatakan, "Laa budda lil qaa-idi an yakuuna lahu ahlam, wa illa la yasluh an yakuuna qaa idan... Seorang pemimpin harus mempunyai banyak mimpi, jika tidak, dia tidak layak menjadi pemimpin."

Sememangnya, kita akan kehabisan stok pemimpin sekiranya tak ada lagi orang yang berani bermimpi dan bercita-cita besar. Nah, untuk bermimpi pun tidak berani, apatah lagi untuk memimpin.

Menjadi pemimpin bermaksud menjadi orang yang cerdas fikirannya. Yakni, berani berfikir mendahului masa, walaupun kadang-kadang orang lain belum dapat memahaminya. Mereka juga merupakan orang yang memiliki fikiran dan gagasan besar di luar apa yang difikirkan oleh orang lain. Seperti yang dilakukan oleh Khidr, perkara-perkara yang tidak dapat difahami oleh Nabi Musa a.s.

Tetapi anehnya, ramai manusia yang bermimpi dan bercita-cita besar pun sudah kecut perut apatah lagi untuk meraihnya. Mungkin takut untuk menerima risiko. Padahal cita-cita atau mimpi merupakan energy yang menggerakkan jiwa, menggerakkan fikiran untuk kreatif, menggerakkan badan untuk aktif, dan menggerakkan seluruh tubuh badan untuk mencapai tujuan.

Kenyataan hari ini adalah mimpi semalam, dan mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok! ~(Hassan al-Banna)~


Masalahnya terlalu dekat di hadapan hingga sukar untuk dilihat...



"Permasalahan kaum Muslimin hari ini bukan disebabkan jumlah mereka yang kurang. Permasalahan dakwah Islamiyyah hari ini tidak terletak pada minimumnya jumlah mereka yang komited dengan keislamannya di tengah umat yang banyak meninggalkan solat, berbuat bid'ah dan membawa fikiran-fikiran kafir. Kerana di setiap posisi Islam masih ada pemuda-pemudi baik yang banyak jumlahnya. Tetapi masalah yang sebenarnya adalah mereka tidak mendeklarasikan Islam dan tidak menyebar luaskan Islam dengan berdakwah, atau mereka berdakwah namun tanpa koordinasi di antara mereka...berjalan nafsi-nafsi..."

Siapakah mereka itu???

Wallahua'lam...

Thursday, August 27, 2009

WACANA PEMIKIRAN SAYYID QUTUB

Sama-sama meramaikan wacana ilmiah, pemikiran As-Syahid Sayyid Qutub di Surau An-Nur pada Sabtu ini, 29 Ogos 2009.

Untuk maklumat lanjut sila layari: http://wacana-sq.blogspot.com

~Rebutlah kenikmatan dunia dengan hirupan ilmu dari Syurga~

"Di dunia ini ada kelazatan syurga, barangsiapa tidak merasakannya di dunia ini, maka ia tidak akan dapat merasakannya juga di akhirat nanti" (Ibn Taimiyyah)

Wednesday, August 26, 2009

Berkah Ramadhan, bulan terang di Permatang Pasir


Asykuruka Ya Robbi...

Mungkin inilah yang dikatakan berkah bulan Mulia... Kiraan rasmi undian bagi PR kecil Permatang Pasir semalam menunjukkan calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi berbanding calon BN, Rohaizat Othman yang mendapat 5067 undian. PAS telah mendahului BN dengan majoriti besar iaitu 4,551.

Berkibarlah panji Islam seiring dengan pelaksanaan SYARIATULLAH... TAKBIRRRR!!!

Tahniah Ummu Nuim

"Slm, Alhamdulillah, seorang bayi lelaki telah d lahirkan pd jam 9.29pm 250809 d hospital kulim. Namun ditahan d ward oleh sebab sedikit masalah. doakan kesihatan kami".

Sms ini diterima dari Pn. Ahya pada jam 3.10am pg tadi.
Ahya, you dah jd ummu ahya...ummu nuim...tahniah..doaku mengiringimu ya sohabatil mahbubah... moga kehadiran cahaya mata sebagai kemurahan rezeki dan keberkahan dalam rumahtangga. Kami juga doakan Muhammad Nuim jadi insan yg soleh dan InsyaAllah dialah mujahid yang ditunggu ummah. Moga kalian diberi kesihatan yang baik...Amiin...

Sunday, August 23, 2009

Rintihan Mutahajjid


Ya Allah, bagiMu segala pujian,
Engkaulah yang menegakkan langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
KepunyaanMu seluruh kerajaan langit dan bumi
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
Engkaulah Cahaya langit dan bumi
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Hanya bagiMu segala puji,
Engkaulah Maha Haq,

JanjiMu itu maha benar,
Pertemuan denganMu adalah benar,
Kata-kataMu adalah benar,

Syurga itu benar, neraka itu benar,
Para nabi itu adalah benar,
Muhammad adalah benar,
Dan hari kiamat itu adalah benar,

Ya Allah, hanya untukmu aku menyembah,
Hanya kepadaMu aku beriman,
Hanya kepadaMU aku bertawakkal,

Ya Allah,
KepadaMu aku kembali,
keranaMu aku berjuang, dan
kepadaMu pula aku berhakim.

Ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,
Ampunilah aku daripada dosa-dosa yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan,
Dan daripada semua dosa-dosaku yang Engkau lebih mengetahui daripada diriku.

Engkaulah yang menyegerakan dan Engkaulah yang mengakhirkan,
Tiada Tuhan selain Engkau,
Dan tiada daya dan kekuatan, melainkan kerana Engkau, ya Allah...


Friday, August 21, 2009

Ramadhan Quote

Thursday, August 20, 2009

Ayuh... Laju Sikit...

Bismillahirrohmanirohim…

(al-Baqoroh :285)

Rasul telah beriman kepada al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami ta’at.” (Mereka berdo’a): “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”

(al-Baqoroh:286)

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo’a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

Ya Robbi.. langkahku ini lambat sangat ni... segala hal jadi semacam tersekat... cepat wahai diri...cari apa yang tercicir itu!!!

Apa mau diletakkan anjing rottweiler dibelakang dahulu baru mau laju??? Ayuh BANGKIT!!! Qum Fa Andzir!!!

Minggu ini banyak sangat hal yang harus dihadapi, dari hal sendiri, akademik, dakwah semuanya menompok menjadi satu, tapi insyaAllah dengan sekuat kudrat dan semangat yang dikurnia-Nya mudah-mudah segalanya dipermudahkan. Kerana aku yakin “Hasbunallah wa ni’mal wakiil, Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia sebaik-baik penolong”.

Dicelah keserabutan, hadir sedikit ketenangan yang selalu dimimpi... bisa lihat wajah ibu yang tenang... Minggu Konvokesyen sudah berakhir hari ini, sedikit terlewat namun masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada semua graduan Univ Keb Malaysia... especially for u my twin... Tahniah BONDA... iya... sememangnya yang lebih layak terima pangkat graduan itu kan ibu... ok.. better stop here...

TERUSKAN KERJA ANDA!!!

Thursday, August 13, 2009

PERGI TAK KEMBALI...



















Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim...
Takziah buat keluarga Allahyarham...

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku" - ustaz asri rabbani

Tuesday, August 11, 2009

JOM SERBU GSM :-)

Friday, August 7, 2009

Ahlan Ya Ramadhan...

“Assalamualaikum w.b.t…Saya penyimpan mohor besar raja-raja, setelah diperkenankan oleh Duli-duli yang maha mulia…....”

Alhamdulillah, dah hampir setahun hijiriyyah kita melalui kehidupan selepas melalui bulan Ramadhan yang lepas, kini Ramadhan bakal tiba lagi. Kami bermohon kehadratMu Ya Allah, dengan rahmat-Mu pertemukanlah kami dan berikanlah kesempatan kepada kami untuk bersua dengan Ramadhan yang penuh dengan barakahMu.

Tiada bulan yang lebih membahagiakan selain bulan Ramadhan. Kesyahduannya begitu meresapi jiwa ketika melalui hari-hari di dalamnya.


Kefarduan Puasa Bukan Suatu Deraan!

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa."

Berdasarkan ayat di atas, tak ada hukum lain dalam amalan berpuasa pada bulan Ramadhan melainkan wajib. Marilah kita sama-sama pahatkan dalam hati bahawa kefarduan ini bukanlah suatu deraan. Tapi ia merupakan suatu tarbiyyah oleh Allah terhadap jiwa dan nafsu.

Kenapa mesti pening kepala bila tiba bulan Ramadhan? Puasa pun belum, dah pening-pening pasal baju raya, duit raya, kuih raya dan sebagainya. Seolah-olah Ramadhan yang datang itu membawa satu beban yang terpaksa ditanggung.

Letakkanlah rasa 'pening' itu ke tepi dahulu. Cubalah kita bayangkan Ramadhan ini adalah yang terakhir. Apakah kita tidak merasakan suatu kerugian kerana kegagalan merebut peluang ’bulan jualan mega’ ini berlalu begitu sahaja?

Sabda junjungan besar kita:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan yang penuh barakah. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelengu segala syaitan."

Dengan suasana masyarakat kita yang telah menjadikan budaya puasa di bulan Ramadhan, sepatutnya kita tiada masalah untuk berpuasa penuh tanpa cacat. Melainkan mereka yang dikecualikan atas sebab tertentu. InsyaAllah..

Wallahu'alam...

Monday, August 3, 2009

Tahniah atas kehebatan Hero-hero DMISA



Tahniah buat semua peserta dan hero-hero himpunan aman Mansuh ISA 1 ogos (keamanan yang diporak perandakan oleh si gila kuasa). Rakyat Malaysia sememangnya patut berbangga dengan keberanian anda, turun ke jalan-jalan raya, mengambil risiko untuk memperjuangkan kebenaran dan membalun kezaliman.

Saya dapat rasakan semangat dan komitmen rakyat Malaysia yang sudah sampai ke kemuncak critical point. Ditembak gas pemedih mata, ditarik leher oleh polis, di spray dengan wangian water canon, semuanya langsung tidak menjadi halangan buat mereka yang gilakan keadilan dan yang benar-benar mengutuk kezaliman.

Beraksilah kamu wahai pengerak-penggerak keamanan demi kesejahteraan Malaysia tercinta ini. Kita telah memulakan, dan mereka juga telah menunjukkan samseng. Soalnya sekarang, apakah tindakan susulan selepas ini? Tidak sesekali akan berdiam diri. ISA adalah akta paling zalim and should be completely remove immediately by hook or by crook . Apa lagi yang nak dirundingkan lagi Pak ajib oiii... sehingga perlu memakan masa lama untuk memansuhkannya secara total.

Saya yakin anda semua yang cintakan keamanan tidak pernah percaya dengan jaminan Najib tersebut. Similarly to me... Jadi, mesti ada tindakan untuk memastikan ISA dilupuskan terus. Nak kami turun lagi...kami sanggup!!!


Blog Widget by LinkWithin