Sunday, January 31, 2010

KEBANGKITAN YANG TIDAK AKAN TAMAT!!!

Beraksi dan terus beraksi, bak teguhnya barisan mujahideen palestin yang sepertinya tidak pernah tahu wujudnya kata penat, lelah dan putus asa. Penyuaraan demokrasi dan keadilan akan terus menerus dilontarkan barisan mahasiswa bagi mendedahkan penyelewengan dan salah laku kempen termasuk pelanggaran beberapa akta pilihan raya kampus di sepanjang pilihanraya kampus UKM.

Tindakan seperti ini membuktikan mahasiswa sudah semakin berani berhadapan dengan pihak-pihak yang dengan terang-terangan memperbodohkan mahasiswa dengan memperkosa hak-hak mahasiswa. Mahasiswa bukanlah golongan yang boleh dijadikan umpama bidak-bidak di papan catur. Akal yang waras membawa kami ke sini!

Kami, mahasiswa-mahasiswa bukan tidak menerima kekalahan di pilihanraya kampus. Menang atau kalah itu bukanlah perbahasannya. Kami tiada masalah untuk kalah semua kerusi. Tetapi, kalah atau menang kami biarlah bermaruah. Gelombang mahasiswa hari ini dibuat kerana didapati terdapat terlalu banyak penyelewengan dan tindakan menyalahi undang-undang/ akta yang berlaku. Itu yang kami tuntut! Sila klik di sini.

Sebagai mahasiswa yang berstatus peka terhadap demokrasi kampus sudah pasti kesal dengan corak perjalanan yang terlalu buruk dan kotor dalam pilihan raya kampus UKM pada kali ini. Jika tidak, sememangnya anda adalah golongan PEKAK, BISU & BUTA walaupun berupaya untuk mendengar, bersuara dan melihat. YOU ARE PAWNS IN THEIR GAMES!!

Apa yang lebih teruk apabila mahasiswa-mahasiswa penuntut hak dan keadilan diserang sehingga tercedera. Polis, FRU, pengawal keselamatan... ini yang dihantar untuk berunding dengan kami!!! Sungguh pengecut!


YOU CAN BLOCK OUR MOVEMENT, YOU CAN HURT OUR PHYSICAL... BUT, OUR SPIRIT WILL NEVER DIE... WE WILL NOT GO DOWN...


Sunday, January 3, 2010

Pemimpin catakserukin

Pemimpin catakserukin kenangannya rimba yang subur, renungannya tajam dan cekal ke pelabuhan termasyhur.

Hatinya-degupan yang sentiasa menjernihi qalbu, puncak hajat memurnikan darah wira yang lebih syahdu.

Wajib dibela nasib rakyat- diurus seadil cantik, didengar rintih sedu mereka walau sesenyap bisik.

Wajar turut disaksi bumi dan insan akrab berdakap di dalam sebuah negara yang dimegahi bersikap.

Diri pemimpin patut menjadi watak tunggal berdiri; tangan dan hatinya wajib seimbang memandu kemudi.

Walau tak diperasan siapa yang berada di sisi, wajar dipantau rakyat yang tak disedari terketepi.

Pada akhir nafas dan zaman terharum bakti pemimpin waras diteliti tiap abjad sumbangannya yang tulen.

Tetap terdedah ghairah bakti atau hanya pesta sorak, semuai mana benih perjuangannya subur memuncak?

Keluarga patut ditimbang berat ringannya; disukat papa kayanya sepanjang dia berkuasa.

Dan terus dinilai murni keruh sumbangannya yang tulen agar tehakim adil tidaknya masa ia memimpin.

Kini kami terserempak sangat ramai wira haloba di tengah pemimpin catakserukin yang makin bercambah.

Kami tersangat jarang menemui pemimpin yang syahdu walaupun kemerdekaan sudah lima dekad berlalu.

*catakserukin=cakap tak serupa bikin

15-24 okt 2009; A. Samad Said

Blog Widget by LinkWithin