Monday, February 22, 2010
Ana Uhibbuka Ya Rasulullah
Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda yang bertanya, apakah yang menyebabkan baginda menitiskan airmata.?
Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui ikhwannya.
Saidina Abu Bakar bertanya, 'Bukankah kami ini (para sahabat) ikhwanmu?'
Baginda Rasulullah saw menjawab 'Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat2ku'
Lalu baginda Rasulullah saw menyambung lagi..
'Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka.'
'Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku'
'Aku sangat rindu untuk bertemu mereka'..
Ya Rasulullah.. masukkanlah nama2 kami dan kaum keturunan kami sebagai mereka yang mendapat syafaatmu diakhirat kelak... Kami merinduimu Ya Rasulullah.
Monday, February 8, 2010
Saturday, February 6, 2010
PROPOSAL UNTUK YANG BENAR-BENAR SIAP
Ukuran perkataan ‘benar-benar siap’ itu bukanlah tergantung pada ukuran usia, tetapi sejauhmana kefahaman dalam diri untuk mengarahkan diri ke sana. Nikah diusia muda mahupun sewaktu belajar juga sama sekali tidak menjadi kesalahan. Tetapi semuanya bergantung kepada keberadaan diri untuk memahami visi dan misi pernikahan itu sendiri dan siap untuk memegang tanggungjawab baru. Terdapat banyak firman Allah mahupun sabda-sabda nabi yang boleh kita rujuk dalam hal-hal berkaitan nikah ini, antaranya;
1. "Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. JIKA MEREKA MISKIN, ALLAH AKAN MENGKAYAKAN MEREKA DENGAN KURNIANYA. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui." (QS. An Nuur (24) : 32).
2. "Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (QS. Adz Dzariyaat (51) : 49).
3. "Maha Suci Allah yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui" (Qs. YaaSiin (36) : 36).
4. "Bagi kalian Allah menciptakan pasangan-pasangan (isteri-isteri) dari jenis kalian sendiri, kemudian dari isteri-isteri kalian itu Dia ciptakan bagi kalian anak cucu keturunan, dan kepada kalian Dia berikan rezeki yang baik-baik (Qs. An Nahl (16) : 72).
5. "Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. (Qs. Ar. Ruum (30) : 21).
6. Anjuran-anjuran Rasulullah untuk Menikah: Rasulullah SAW bersabda: "Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka, bukan golonganku !"(HR. Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.).
7. Empat macam diantara sunnah-sunnah para Rasul iaitu : berkasih sayang, memakai wewangian, bersiwak dan menikah (HR. Tirmidzi).
8. Dari Aisyah, "Nikahilah olehmu kaum wanita itu, maka sesungguhnya mereka akan mendatangkan harta (rezeki) bagi kamu" (HR. Hakim dan Abu Dawud).
Seharusnya, bagi mereka yang merasakan sudah benar-benar siap, sudah pun tahu hala tuju dan rangka jangka pendek dan panjang selepas pernikahan. Tahu juga bagaimana metod atau strategi yang perlu diambil bagi merealisasikan setiap misi-misi pernikahan. Bagaimana mempergunakan setiap potensi diri dan ahli keluarga untuk tujuan dakwah. Bahkan berlatih mendidik generasi perajurit Allah yang bakal terlahir sebelum pernikahan lagi. Semuanya itu menuntut strategi yang tersusun demi kelangsungan dakwah jika kita golongan yang sering memikirkan permasalahan ummat.
Tergesa-gesa untuk menikah, juga seringkali didengari. Mungkin ia juga tidak menjadi kesalahan, tetapi tergesa-gesa itu haruslah kerana apa? Jika seandainya sekadar tidak mampu menahan nafsu, maka beristighfarlah, penelitian dan perencanaan kepada matlamat sebenar harus dibuat.
Perencanaan kehidupan ini boleh saja ditukarbalikkan oleh Allah swt sesuai kehendakNya, tetapi biarlah kita menjadi orang yang tahu matlamat, tahu arah tujuan sebenar pernikahan itu diadakan. Nikah itu permulaan dan bukanlah penyelesai. Sahabat-sahabat mungkin tidak ketinggalan membaca artikel ustaz hasrizal tentang pernikahan, ‘Jangan sekadar syurga dunia’. Dari artikel ini, persoalan tentang matlamat pernikahan telah diulas panjang lebar secara lebih santai dan selesa untuk difahami dengan mudah. Sila klik disini untuk ke link artikel tersebut.
Akhir kalam, moga kita tidak lupa janji Allah;
“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang melimpah (iaitu : Syurga) (An Nuur (24) : 26).
JIKA KITA BERKUALITI DI SISI ALLAH, PASTI YANG AKAN DATANG KEPADA KITA JUGA SEORANG (JODOH UNTUK KITA) YANG BERKUALITI.
INSYAALLAH..AMIIN
Rujukan:
1. al-Qur'an
2. Roomate ku yang kucintai; Eriyanti Soraya Abdul Halim
3. http://yudimuslim.multiply.com/reviews/item/6
4. http://saifulislam.com/?p=7508#more-7508