Bebas... Amende bebas tu... Mungkin sejenis kenderaan yg dicipta daripada gabungan beca dan bas. Ntahlah, aku pun x tau... Malas nak fikir...
Alamak kertas tak cukup bebas la... Sampai sini je ok... Esok2 je fikir lagi. Mak aku dah panggil suruh balik semayang tuuu...ok...
Apa itu ‘Bebas’? Kalau nak dihuraikan tentu banyak. Tapi aku disuruh membuat karangan tentang bebas. Nama cikgu yang memberikan aku tugas ini adalah Cikgu Sabarina... (fikiranku melayang seketika) memikirkan masa depanku di hari kelak. (aku tersedar dari lamunanku) dan aku masih lagi membuat karangan tentang ‘bebas’.... Aku melihat sekeliling, rakan-rakanku sedang membuat huraian yang sama denganku. Kawanku suka mengejek rakan yang lain.. Itupun dikira bebas... agaknya laaa bagi diaorang... Nampaknya masa tinggal 5 minit saja lagi... Sudah tiba waktunya aku balik dari sekolah. Aku berjalan pulang dengan bebasnya... gembira jugak la sebab aku ada kaki...
Bebas... kenapa dan mengapa kita perlu bebas? Bebas dari kapitalis? Imperialis? Apa yang bagusnya hidup bebas? Hidup bebas tanpa peraturan? Atau tanpa dosa dan pahala?...
Bebas??? Timbul di benak fikiranku ingin memahami apakah pengertian perkataan itu. Aku melihat rakan-rakanku yang kebingungan memikirkan apakah itu bebas kerana sudah lama aku terpenjara dalam undang-undang yang harus mempunyai disiplin. Aku melihat rakan-rakanku yang sudah menamatkan persekolahan. Mereka menyatakan kebebasan mereka kerana tidak perlu lagi ke sekolah. Adakah itu bebas?? Ataupun hanya khayalan di mindaku?
Aku berasa bebas jika dapat keluar dari sekolah ini. Aku bebas melakukan kerjaku seperti menjual bawang, membetulkan mentol, mengacau dodol, menonton cerita zombi. Perkara ini semuanya aku lakukan selepas isyak... Aku berasa agak bebas...
Aku suka roti yang ditebar secara bebas. Aku juga bebas makan roti canai yang dibakar hingga rangup sehingga membebaskan haruman yang menyebabkan orang bebas meninggalkan kedai. Aku bebas melihat jam halusku pada bila-bila masa. Perutku bebas jauh kedepan apabila telah kenyang. Aku berasa bebas...
Muhd. Asyran Bin Ishak (Durian Tunggal)
Dah lama tak menulis sebenarnya... Yaa... I know my own reason... Just to let u know that this blog was still alive... masih hidup...tak mati lagi yee :)
10.30 p.m ~ 8 Rejab 1430 (1 Julai 2009)
No comments:
Post a Comment