Thursday, November 19, 2009

Al itsar bil qurbi makruuhun wa fi ghairiha mahbuubun

“Kak Anna, maksud kaedah ni apa?” tanya Mala.

“Cuba baca apa kaedahnya!” minta Anna.

“Kaedahnya begini Kak: Al itsar bil qurbi makruuhun wa fi ghairiha mahbuubun! Kat sini takde penjelasannya kak. Saya tak berapa faham.”

Anna kemudiannya menjawab dengan tenang,

“Kaedah itu ertinya, itsar, mengutamakan orang lain, dalam hal mendekatkan diri kepada Allah, atau mengutamakan orang lain dalam beribadah, itu hukumnya makruh. Adapun mengutamakan orang lain pada perkara selain ibadah itu dianjurkan. Dalam ibadah yang dianjurkan dan disunnahkan adalah berlumba-lumba mendapatkan yang paling afdhal. Mendapatkan pahala yang paling banyak. Maka mengutamakan orang lain sangat tidak dianjurkan atau makruh.

“Contohnya, jika seseorang memiliki air yang hanya cukup buat berwudhu’ untuk dirinya saja, maka ia tidak boleh memberikan air itu pada orang lain, supaya orang lain boleh berwudhu’ sementara dia tayammum. Yang disunnahkan adalah dia menggunakan air itu untuk berwudhu’ biarkan orang lain tayammum. Kecuali jika ada orang lain yang memerlukan untuk minum kerana kehausan, maka dia sebaiknya memberikan air itu padanya dan dia boleh bersuci dengan tayammum.

“Contoh lain, jika seorang Muslimah memiliki satu telekung solat. Lalu masuk waktu solat. Dia tidak diperbolehkan mempersilakan orang lain solat dulu menggunakan telekungnya dan dia menunggu setelah orang-orang selesai menggunakan telekungnya. Yang sebetulnya adalah dia harus segera solat sebelum yang lain. Dia harus mengutamakan dirinya. Sebab solat di awal waktu itu lebih baik. Setelah dia solat baru boleh dia meminjamkan pada orang lain. Dalam ibadah sekali lagi dimakruhkan mengutamakan orang lain. Begitu maksud kaedah itu Dik. Adik boleh menganalogkan dengan yang lain.”

Mala nampak puas mendengar jawapan itu. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu yang menarik untuk ditanyakan,

“Maaf Kak saya mahu tanya. Kalau misalnya. Sekali lagi ini misalnya Kak. Misalnya ada seorang Muslimat, dilamar oleh seorang Muslimin yang sangat baik. Baik agamanya, akhlaknya, prestasinya, juga wajahnya. Lalu dia mengalah mengutamakan sahabatnya yang menurutnya lebih baik darinya dan lebih layak menikah dengan Muslimin tadi. Apa ini termasuk makruh Kak?

Anna menatap kedua mata Mala. Sebuah pertanyaan yang membuatnya tersenyum sekaligus kagum akan kreativiti gadis dari Aceh ini. Bukankah pertanyaan yang baik adalah separuh dari ilmu?

“Menurutmu menikah itu ibadah tak Dik?” tanya Anna.

“Ibadah Kak. Bukankah menikah itu menyempurnakan separuh agama?”

“Jadi jelas kan jawapannya. Saya secara peribadi kalau menemukan pemuda yang baik, yang menurutku sungguh baik dan ada yang menjodohkan aku dengannya ya aku akan mengutamakan diriku dulu. Tidak akan aku tawarkan pada muslimat lain. Menikah kan ibadah. Cepat-cepat menikah kan juga sebahagian dari berlumba-lumba dalam kebaikan. Kalau aku itsar, mengutamakan muslimat lain, bererti aku kalah cepat. Muslimat itu akan menikah dulu, dapat jodoh dulu dan aku belum. Jadi tertunda. Dan, tambah lagi belum tentu aku akan dapat jodoh yang lebih baik dari itu. Meskipun jodoh ada yang mengaturnya iaitu Allah. Tapi kita kan harus ikhtiar. Di antara bentuk ikhtiar, ialah ketika kita menemukan yang baik tidak usah mengutamakan orang lain.”

***

Dah lama saya mendengar kaedah fiqh ini, tetapi mungkin saya tidak benar-benar mengambil berat untuk faham sedalamnya, astaghfirullah. Saya terbaca blog seorang sahabat saya tentang kaedah ini. Dan kaedah ini telah dihuraikan oleh Kang Abik dalam sebuah novelnya, KCB dan saya kira ia agak senang dan lebih selesa untuk difahami. Petikan perbualan dari novel ini telah saya translatekan sedikit ke dalam Bahasa Melayu untuk lebih mudah difahami.

Moga bermanfaat...

No comments:

Blog Widget by LinkWithin