Hatinya-degupan yang sentiasa menjernihi qalbu, puncak hajat memurnikan darah wira yang lebih syahdu.
Diri pemimpin patut menjadi watak tunggal berdiri; tangan dan hatinya wajib seimbang memandu kemudi.
Walau tak diperasan siapa yang berada di sisi, wajar dipantau rakyat yang tak disedari terketepi.
Tetap terdedah ghairah bakti atau hanya pesta sorak, semuai mana benih perjuangannya subur memuncak?
Keluarga patut ditimbang berat ringannya; disukat papa kayanya sepanjang dia berkuasa.
Dan terus dinilai murni keruh sumbangannya yang tulen agar tehakim adil tidaknya masa ia memimpin.Kini kami terserempak sangat ramai wira haloba di tengah pemimpin catakserukin yang makin bercambah.
Kami tersangat jarang menemui pemimpin yang syahdu walaupun kemerdekaan sudah lima dekad berlalu.
*catakserukin=cakap tak serupa bikin
2 comments:
nauzubillah dari termasuk gol. ini..
Salam kak..time kasih kerana mendidik kami..kak,bila kita sekeluarga nk berkumpul..lama dah tak jumpa...mg kemenangan milik kita ..
Post a Comment