Saya pernah mendengar satu pepatah yang mengatakan bahawa "Barangsiapa yang menyelesaikan sesuatu urusan, maka dia yang akan mengaturnya". Setelah direnungkan, ternyata ada benarnya walaupun tidak seratus peratus betul. Antara ‘Guna sahaja’ dengan ‘Cipta & Guna’
Jika diimbas kembali sejarah, Tanah Melayu pernah dijajah oleh British, Portugis, dan Jepun ketika Perang Dunia ke-2 meletus sebelum bergelar ‘merdeka’ yang hanya pada nama. Kini, telah 52 tahun berlalu, kita dapat lihat para remaja kita sudah biasa mengenderai kereta dan hampir setiap orang menggenggam handphone dan meriba laptop yang serba canggih. Bezanya, bangsa kita baru dalam tahap menggunakannya sedangkan orang Jepun dan Barat sudah lama menjadi ahli dalam membuat dan merekacipta handphone, kereta atau komputer serta menguasai dunia dengan pelbagai produk serba canggih. Sungguh menghairankan. Waktunya sama, bahkan sumber kekayaan alam kita jauh lebih melimpah ruah berbanding di negara mereka. Semua ini patut kita renungkan sedalam-dalamnya, terutama kita sebagai umat Islam yang merupakan penetap majoriti di negara ini.
Mungkin kita dengan mudah akan mengatakan, apalah ertinya semua itu jikalau mereka kafirin, mereka itu hina, calon ahli neraka. Itu kata-kata standard yang sering kita lontarkan untuk menunjukkan keutamaan kita selaku umat Islam. Namun, apakah tindakan tersebut dapat menyelesaikan masalah? Saya teringat kata-kata seorang ahli Psikologi yang menyatakan bahawa kebiasaan mencela dan menghina orang lain adalah salah satu penyakit dari rasa down kerana tidak sanggup menandingi sehingga kepuasannya adalah dengan mencaci.
Jadilah solution
Ternyata mahu tidak mahu kita terpaksa menggunakan banyak produk kaum yang kita hina, bahkan aktiviti dakwah, dan sebahagian kegiatan ibadah kita hampir-hampir kurang efektif tanpa dilengkapi dengan bantuan produk-produk buatan mereka. Dana kita tersedut terlalu banyak kepada mereka tanpa had kerana memang kita sangat memerlukannya. Mereka yang banyak mengatur kehidupan duniawi kita kerana mereka sudah lama menemui solution untuk keperluan hidup sesuai dengan zaman peradaban masa kini.
Jika kita lihat posisi umat Islam yang benar-benar mengambil acuan al-Qur’an dan Sunnah dalam mengatur negara ini teramat kurang, maka pertanyaan yang harus kita tanyakan pada diri kita sendiri adalah solution apa yang dapat kita berikan dan dirasakan manfaatnya oleh masyarakat. Selain menjanjikan keselamatan akhirat untuk yang beriman dan beramal soleh, selain benci, marah, melecehkan, mencaci mereka yang kita anggap tidak Islami. Apa solutionnya? Entah-entah tenaga, fikiran, dan waktu kita banyak terbuang oleh kebiasaan mencaci dan menerjemah kebencian. Tinggalnya, jadilah kita umat yang sememangnya layak untuk diperlekehkan.
Kita kekeringan umat yang kreatif membuat solusi
Kita benci dengan rancangan-rancangan TV, lagu-lagu yang memeningkan, filem, drama, iklan, dan lain-lain yang berbaur maksiat. Namun, apa real solution yang sudah kita lakukan untuk membuatkan umat terutama saudara-saudara se’aqidah kita terpuaskan dahaga hiburannya dengan nilai-nilai Islam. Selain berdakwah, berusrah, berceramah, kepada mereka, pernahkah kita berupaya membuat filem, drama, atau lagu bermutu, lalu membuat medium berupa radio, TV, Produksi dan sebagainya yang dikelola secara profesional yang sanggup bertarung dalam competition nyata tanpa ada sekatan kebenarannya. Maksud saya di sini, sememangnya kita sudah ada contoh saluran atau channel radio, tv dan produksi yang bersifat Islami tetapi sejauh mana ia benar-benar berani untuk menyatakan kebenaran Islam dengan memperjuangkan syariatullah yang termaktub di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Yang ada sekarang jelas tidak lebih dari menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya, apabila kebenaran dilontarkan secara public tetapi menyentuh kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu maka terjadilah proses gam menggamkan ini. Kerana apa? Tiada lain, sebab kita cuma menumpang hasil mereka.
Kita mulakan dengan kemampuan
Mungkin kita katakan, itu semua bukan urusan kita, justeru kita menjadikannya sebagai alasan untuk tidak melangkah jauh untuk mencari solution. Mungkin juga, perbahasan di atas terlalu besar untuk kemampuan kita sekarang. Jika begitu marilah kita lihat solution yang dapat kita berikan dalam lingkungan terdekat kita. Jika kita di dalam keluarga, jadilah solution, jangan jadi parasit. Kita harus melatih diri menjadi sebahagian dari penyelesai masalah, bukan penambah masalah.
Begitu juga halnya, jika kita di dalam kampus, di dalam organisasi persatuan, maka usahakanlah diri untuk menjadi penyelesai masalah atau mendorong untuk penyelesaian masalah, bukannya penambah masalah yang bikin kehancuran.
Sekiranya umat Islam berfikir dengan kritikal dan mengerahkan segala daya upaya untuk menjadi solution nyata dalam level manapun yang sesuai dengan kemampuan masing-masing, akan jauh lebih dirasakan kehebatan Islam, kejayaaan Islam, dan akan menumbuhkan keyakinan umat sejagat bahawa Islam memang solution. Solution yang memang selalu dicari dan dirindukan. Sudah pasti akhirnya akan dapat menimbulkan kepercayaan terhadap kebenaran Islam dan mengikuti serta membelanya. Sebagaimana firman Allah;
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi jika mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya." (QS. Al A'raf : 96).
Akhir sebelum bertindak
Saudara-saudara se’aqidahku, marilah kita hayun tenaga kita dengan seluruh kemampuan kita. Sehebat manapun janji yang kita ucapkan, masyarakat dan umat sejagat tetap menanti bukti bahawa Islam benar-benar solution bagi seluruh umat.
Ada baiknya kita mencerminkan diri kita kembali, apakah diri kita ini sebahagian dari penyelesai masalah, atau diri kitalah yang bermasalah, atau justeru diri kitalah penambah masalah?
Wallahua’lam