Thursday, July 2, 2009

Waiting 4 the 2nd evaluator...

Yes, my evaluator was changed. Can you catch it what i mean readers???... Hmmm... hanya yang tahu sahaja yang memahaminya... well.. it’s not important actually... Hari ni, dapat relief class lagi... Well...i’m loving it. Kelas Bahasa Melayu Tingkatan 5 Beta... Saya dah agak biasa dapat relief kelas 5Beta ni... Cuma sebelum ni saya kurang survey their diversity. Why not i’m exploring it today... Saya beri mereka satu tugasan mudah iaitu ‘tulis karangan bertajuk B.E.B.A.S’... Tujuan saya sebenarnya adalah untuk melihat kepelbagaian mereka, kekreatifan mereka, apa yang mereka fikir, kemana mereka, dan mungkin cara hidup mereka. Lampiran dibawah antara hasil tulisan mereka ttg bebas. Let we share it together...

***

Tulisan 1

Bebas... Amende bebas tu... Mungkin sejenis kenderaan yg dicipta daripada gabungan beca dan bas. Ntahlah, aku pun x tau... Malas nak fikir...

Aku cuba bertanya pada keluargaku. Ayahku kata bebas tu Parti Bebas. Mak pulak kata bebas tu macam burung yang berterbangan. Datang pulak abang aku ni, cakap bebas tu macam ‘bustop’. Puas aku fikir... tak dapat2 jugak jawapannya... Ahhh!!! Ini semua mengarut... Last2 aku tanya kat adik aku yang sorang ni. Walaupun dia ni budak kecik lagi... Adik cakap ‘bebas’ tu adalah jenama aiskrim yang baru. Mula2 aku macam nak percaya jugak cakap adik aku tu.. tapi... bile aku tengok muka dia sengih semacam aje, aku dah rasa macam ada yang tak kena je... hmmmm, hampeh...

Esoknye... aku tanya kat member2 kat sekolah. Aku tunggu punya tunggu, punya tunggu... Muka masing2 macam ‘confuse’ je... Last2, nak tau diaorang cakap apa? Tu haaa, bebas ini adalah bas yang lalu dari melaka sentral pusing satu melaka angkut penumpang. Panas telinga dibuatnya...

Alamak kertas tak cukup bebas la... Sampai sini je ok... Esok2 je fikir lagi. Mak aku dah panggil suruh balik semayang tuuu...ok...

Zulkifli Bin Dolwadi

Tulisan 2

Apa itu ‘Bebas’? Kalau nak dihuraikan tentu banyak. Tapi aku disuruh membuat karangan tentang bebas. Nama cikgu yang memberikan aku tugas ini adalah Cikgu Sabarina... (fikiranku melayang seketika) memikirkan masa depanku di hari kelak. (aku tersedar dari lamunanku) dan aku masih lagi membuat karangan tentang ‘bebas’.... Aku melihat sekeliling, rakan-rakanku sedang membuat huraian yang sama denganku. Kawanku suka mengejek rakan yang lain.. Itupun dikira bebas... agaknya laaa bagi diaorang... Nampaknya masa tinggal 5 minit saja lagi... Sudah tiba waktunya aku balik dari sekolah. Aku berjalan pulang dengan bebasnya... gembira jugak la sebab aku ada kaki...

Muhammad Zahran Bin Zakaria


Tulisan 3


Bebas... kenapa dan mengapa kita perlu bebas? Bebas dari kapitalis? Imperialis? Apa yang bagusnya hidup bebas? Hidup bebas tanpa peraturan? Atau tanpa dosa dan pahala?...


Bebas??? Timbul di benak fikiranku ingin memahami apakah pengertian perkataan itu. Aku melihat rakan-rakanku yang kebingungan memikirkan apakah itu bebas kerana sudah lama aku terpenjara dalam undang-undang yang harus mempunyai disiplin. Aku melihat rakan-rakanku yang sudah menamatkan persekolahan. Mereka menyatakan kebebasan mereka kerana tidak perlu lagi ke sekolah. Adakah itu bebas?? Ataupun hanya khayalan di mindaku?


Aku berasa bebas jika dapat keluar dari sekolah ini. Aku bebas melakukan kerjaku seperti menjual bawang, membetulkan mentol, mengacau dodol, menonton cerita zombi. Perkara ini semuanya aku lakukan selepas isyak... Aku berasa agak bebas...


Aku suka roti yang ditebar secara bebas. Aku juga bebas makan roti canai yang dibakar hingga rangup sehingga membebaskan haruman yang menyebabkan orang bebas meninggalkan kedai. Aku bebas melihat jam halusku pada bila-bila masa. Perutku bebas jauh kedepan apabila telah kenyang. Aku berasa bebas...

Muhd. Asyran Bin Ishak (Durian Tunggal)

***

Ini hanya beberapa tulisan yang saya sempat ambil... Saya lihat mostly pelajar2 ini ada potensi untuk menulis, kreatif... walaupun ada yang ‘loyar buruk’. Saya juga dapat lihat daripada tulisan2 mereka ramai antaranya yg menceritakan ttg kehidupan sebenar mereka, apa yang mereka mahu, tujuan hidup mereka, apa yang tak disukai dan yang disukai dan banyak lagi. So, saya rasa method ini agak berkesan untuk kita mengenali characteristic seseorang lebih2 lagi guru krn ia memudahkan proses P&P agr sesuai dgn ability pelajar. Am i right readers?

Dah lama tak menulis sebenarnya... Yaa... I know my own reason... Just to let u know that this blog was still alive... masih hidup...tak mati lagi yee :)

10.30 p.m ~ 8 Rejab 1430 (1 Julai 2009)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin